22 June 2013

Nutrien Ibu Menyusu




Multivitamin

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan  kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh



Protein

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.



Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tertumpu pada bayi. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.


Vitamin B Kompleks

Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.



Kalsium

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.



Asid Lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak, Ia Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu menpunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tuampuan  (ADHD) atau autisme.



Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.



hubungi saya untuk set nutrien penyusuan ibu :

Zarirah @ iera
fb:Iera Zul
email :zzarirah@yahoo.com
sms or call : 012-9153763