19 August 2015

TAKUT??






Sedikit perkongsian tazkirah.Normal la kalau kita ada rasa takut nak cuba sesuatu yang baru kan?
Meh baca bagi sesiapa yang ada rasa "TAKUT" ketika nak mulakan langkah dalam bisnes  ni..

Takut kena rejek
Takut takboleh commit
Takut tak dapat close deal
Takut salah consult dan bagi info
Takut nak berkongsi
Takut kena kondem

Dan sebagainya takut lagi..cuba baca ini..

 “Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’.

Mereka di cemburui oleh para Anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka di sisi Allah”.

Para sahabat bertanya,”wahai rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”

Rasullah menjawab,” mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan di antara mereka dan bukan kerana harta benda.”

Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka berada diatas cahaya.

Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih".

 "Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:

"Tuhan kami ialah Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:

"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu" [Surah Fusshilat:30]


JADI, Jangan takut, perasaan takut & ragu2 adalah penyakit yg paling bahaya.

Bila kita takut terhadap benda yg belum jadi, kita boleh lupa kat Allah.

Kita senang tergelincir sbb setan akan buat kita rasa was-was, boleh ke tak boleh, takut tak boleh, takut frust.

In the end kita hilang fokus bahawa nak buat sesuatu krn Allah & lupa Allah ade nk bantu kita.

Sbb kita takut akan macam2.

So buanglah segala ketakutan tanpa asas ini..
Dan mula mengambil tindakan terhadap apajua perkara yg bakal menggerakkan kita maju ke depan.. insya allah..