29 September 2015

Doa Menuntut Ilmu



“Ya Allah Ya Mutaali, Ya Hakiim.
Duhai Tuhan Yang Maha Tinggi kedudukan Nya serta lagi Maha Bijaksana serta tinggi dan luas pengetahuan Nya, kepada Mu aku sembah dan kepada Mu aku mohon segala pertolongan.

 Ya Allah dengan izin dan redha Mu, kurniakanlah kepada aku akan kebijaksanaan sepertimana para Nabi dan Rasul Mu.Tinggikanlah kedudukan ku disisi Mu serta disisi hamba-hamba Mu dengan kedudukan yang baik lagi terpuji.
Ya Allah berikanlah pertolongan dan bantuan Mu kepada ku agar aku mampu bangkit semula dari kegagalan yang pernah aku alami dalam kehidupan ku sesungguhnya aku sedar ia bukanlah pengakahiran bagi aku untuk mencapai matlamat dan impianku selagi mana Engkau menghidupkan aku dengan nafas yang dikurniakan buatku

 Ya Allah tajamkanlah penglihatanku agar aku dapat membaca dan memahami segala ilmu yang aku pelajari setiap hari serta tajamkanlah pendengaranku agar aku dapat menangkap dan memahami segala ilmu yang disampaikan kepadaku melalui kedua belah telingaku ini serta jadikanlah aku suka kepada ilmu pengetahuan dan memandang tinggi akan ia.

 Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Memberi dan kurniaan Mu teramatlah luas. Makbulkanlah akan permintaan ku ini Duhai Tuhan Yang Maha Memakbulkan doa