26 September 2015

tak solat

Tazkirah Jumaat :

TIDAK SOLAT PUN BOLEH HIDUP MEWAH...YE KE?

Cuba berborak dengan orang yang tidak pernah solat. Tanya dia kenapa tidak solat? Jika dijawabnya, tak solat pun boleh hidup senang lenang, tiada masalah pun. Itu tandanya imannya makin goyang.
Ramai orang tidak solat sebab pertama kerana dia ukur diri dia. Sebab kedua dia ukur orang lain. Bila dia ukur diri dia - dia tidak solat tapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tiada bezanya dia solat ke tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia nak ada depan mata.

Ukuran kedua dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tapi dia tengok orang tersebut tidak sesenang dia pun. Naik motor buruk, rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal. Patutnya dia rajin solat, Allah sudah bagi rezeki melimpah ruah dekat dia. Tapi tidak ada pun. Akhir sekali ukuran jahil dia kata kalau macam itu baik tidak payah solat. Allahu Allah~

Mari kita renungi kisah ini ; Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekorpun. Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa." Allah menjawab, “ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Peringatan dari Allah amat jelas. Sama ada kita nak faham atau tidak itu sahaja.
Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah. Perkara pertama dihisab ialah SOLAT. Wallahualam~