25 September 2015

Tazkirah Serah

Tazkirah tengahari oleh seorang sahabat 😊

Saya nak berkongsi satu perkara, yang boleh membuatkan hidup kita lebih bahagia dan lebih bersyukur. Ini juga boleh buat kita sentiasa redha.

Mengenai the power of SERAH.

Dulu saya tak faham mengenai penyerahan hidup kepada Allah swt. Sedangkan setiap hari 5 kali kita baca "sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah, Tuhan seluruh alam". Ya kan?

Bagaimana caranya?

Setiap hari, selepas solat, cuba serah seluruh kehidupan kita, harta benda kita, anak suami isteri kita kepada Allah.

Ucapkan "Ya Allah, sesungguhnya engkaulah yang mencipta kami, engkaulah yang memiliki semua yg ada di dunia ini termasuklah anak isteri harta benda aku. Tiada satu pun milikku melainkan milikmu jua. Aku serahkan kepadamu Ya Allah untuk menjaga dan menguruskannya untukku. Berikanlah yang terbaik untuk semuanya kerana Engkau lebih Maha Mengetahui apa yang engkau jadikan. Engkaulah sebaik baik penjaga.
.
Lepas tu, kita buatlah kerja sebagai manusia, tunaikan kewajipan kepada Pencipta dan tetapkan di hati "aku hanyalah Hamba" dan dunia ini hanya jambatan untuk ke syurga mahupun neraka. Di sinilah penentuannya.

Insyaallah kalau penyerahan ini lahir dari hati, kita takkan rasa seolah-olah harta benda duit dan ilmu tu kita yg punya. Kita takkan rasa kita je bagus tp sbnrnya itu semua daripada Allah. Kita akan belajar menyayangi anak suami isteri kita kerana Allah kerana itulah hadiah utk temankan kita di dunia ini.

Hatta pekerjaan kita hari ini juga daripada Allah swt. Setiap hari, sebelum dtg keje sematkan dlm hati "aku bekerja hari ini untuk membantu org lain", bantu sekolah-sekolah, bantu masyarakat, bantu memudahkan kerja dan urusan bos-bos. Insyaallah hati kita tenang dan tiada stress. 😃😃

Rezeki dan ilmu itu drp Allah. Cuma tugas kita adalah bersyukur dengan apa juga nikmat yg diberikan.

Ingat 3 perkara ni:

1) tidak akan bergerak satu zarah melainkan hanya dgn keizinan Allah (awak dapat sampai ke ofis hari ni juga dgn keizinan Allah)
2) setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
3) tiada apa yang terjadi di dunia ni sia-sia. (kalau kita demam pun sbnrnya tidak sia-sia).

Boleh? 😃👌