13 February 2016

Bolehkah GADIS ambil ASID FOLIK??


Ha...entry kali ini adalah rentetan dari bacaan akak dalam artikel majalah i-Sihat. Si anak dara ni sebenarnya pelik campur risau bila dia pergi klinik sebab rasa nak pitam dan lemah badan .Muka pucat dan tekanan darah pula rendah.Beliau pelik bila doktor periksa kesihatannya dan beri asid folik.Katanya belum berkahwin dan umurnya baru masuk 20 tahun.

So apa jawapan Doktor Zubaidi Hj Ahmad dalam menjawab persoalan ni?



Of course boleh Sebab asid FOLIK sangat penting dalam membantu tubuh menghasilkan dan membuat sel sel darah merah yang baru

Sel darah Merah penting kerana ia membawa oksigen dari paru paru ke seluruh bahagian badan
Tanpa sel darah Merah ni..seseorang mungkin mengalami cepat penat bila buat Kerja,mengah bila berjalan,mudah mengantuk dan tidak Bertenaga
Semua orang sama ada lelaki atau perempuan yang dah kawin ataupun belum boleh mengambil asid FOLIK sebagai suplemen.

Ya..mungkin pengambilan vitamin ni menyebabkan seseorang itu subur dan sihat tetapi tidak mungkin boleh menyebabkan KEHAMILAN kerana memerlukan memerlukan intim..hehhe
JADI SEMUA ORANG BOLEH AMALKANNYA

‪#‎isihat‬