13 February 2016

DILEMA IBU BILA BERBISNES DARI RUMAH

Bila ibu-ibu mula nak menjalankan bisnes dari rumah,(terutama jika ibu-ibu yang belum pernah melakukan kerja-kerja menjana pendapatan), akan timbul rasa bersalah terhadap keluarga.

- apakah masa untuk keluarga akan terganggu?
- apakah masa untuk melayan suami akan berkurangan menyebabkan suami tidak gembira?
- apakah anak-anak akan terabai?

Persoalan-persoalan ini akan menghadirkan perasaan bersalah dalam hati seorang ibu. Perasaan ini akan menghantui ibu-ibu yang berbisnes dari rumah ni...

Jika dibiarkan....kesannya sangat dahsyat...

Keluarga terabai.
Bisnes tak jalan.

Bagaimana perkara ni boleh berlaku? Bila perasaan bersalah mula menghantui... ibu mula rasa tak senang hati. Bila hati tak senang, nak berbisnes pun separuh hati. Bila bisnes separuh hati, semuanya tak menjadi. Bila semua tak jadi, ibu mulai rasa stress. Bila ibu stress, anak-anak jadi tempat ibu meluahkan kekecewaan.. dan seterusnya.

Jadi, apa nak kena buat?

Pertama sekali ibu kena perhatikan niat nak berbisnes tu kenapa..? Nak duit ke nak isi masa lapang ke, nak tambah ilmu ke... pastikan faham kenapa nak sangat berbisnes? Kenapa tak teruskan kehidupan macam biasa...?

Kedua, mesti bersedia untuk hadapi apa-apa perubahan dalam hidup. Ingat balik dari zaman bujang ke zaman rumahtangga, dari tiada anak kepada anak satu, dua, tiga, dan seterusnya... Semuanya dapat dilalui dengan bahagia kan? Kenapa bahagia? Kerana kita bersedia. Kalau tak bersedia (kahwin paksa ke), jiwa pun tak tenang walaupun berkeluarga.

Ketiga, mesti merancang. Rancang jadual harian dan perancangan jangka panjang. Rutin harian pasti berubah, dan perancangan jangka sederhana & panjang juga pasti berubah. Selama ini mungkin bergantung pada pendapatan sedia ada, bila ada pendapatan tambahan, pasti perancangan hidup menjadi lebih baik, bukan?

Seterusnya, tapi yang paling utama ialah mesti sentiasa ingat pada Tuhan. Sebenarnya di situ kekuatan yang sebenar datang. Bila kita melihat dari pandangan seorang hamba Tuhan, kita akan rasa lebih tenang dan kuat. Tuhan tidak memberatkan kita dengan perkara yang kita tidak mampu menghadapinya. Apa saja yang kita temui, terkandung hikmah yang sangat besar.

Selamat berbisnes, ibu-ibu!