16 August 2016

Resepi Kek Coklat Kukus Simple dan Sedap



Assalamualaikum...Lapaq kek la pulak tengah hari ni.hihihi .Jom kita study sikit resepi kek coklat kukus shared by adik saya, Ateh Zahariah.hehe

Tapi gambar ni ihsan dari Google la...Nanti da siap kita upload gambar baru ok.hihi
Ok bahan -bahan :
🍁1 cawan tepung gandum
🍁1 cawan susu cair
🍁1 cawan gula (kisar halus)
🍁1/2 cawan serbuk koko
🍁1/2 cawan mentega (separuh buttercup) - cairkan
🍁3 biji telur
🍁1 sudu teh esen vanila
🍁1 sudu teh serbuk penaik
* kalau nak guna tepung self rising blue key (warna pink) tak payah guna serbuk penaik

πŸ€Cara2 :
 πŸŽˆAyak tepung, serbuk penaik & serbuk coklat sekali.
 πŸŽˆCampurkan semua bahan - bahan yg diayak, mentega yg dicairkan, telur yg dah dipukul, esen vanila, serbuk penaik, dan susu cair.

🎈Jgn lupa panaskan pengukus dulu. Kukus kek dalam masa 1 jam. Jangan buka penutup pengukus nanti kek yg naik jatuh balik. Hehe.. Lagi elok tutup kek dengan kain bersih utk elak air pengukus menitik.

🍁Untuk topping :

Guna kaedah double boiler. Masak coklat masakan dengan susu cair sikit. Lepas tu agak2 la tengok kuantiti nak bnyak mana. Kalau rasa nak bnyakkan letak serbuk koko sikit. Letak mentega juga dalam dua sudu ke untuk bg topping nampak berkilat. Lepas siap boleh letak atas kek dan hias ikut kreativiti ye.

Dah buat nanti share gambar ok!
Semoga berjaya