3 September 2016

Kiaah Barbara & Kanser payudara

Kanser adalah antara penyakit yang menakutkan & tak ada orang nak dengar diri sendiri ataupun ahli keluarga disahkan menghidap penyakit tu. Doktor sendiri pun alami keadaan yang sukar nak beritahu pesakit sebab respon mereka memang boleh diagak, walaupun mungkin ada yang boleh menerima dengan positif.

Seorang doktor yang buat PhD berkaitan undang-undang pernah berkongsi bagaimana seorang pesakit kanser boleh manipulasi maklumat yang diberitahu oleh doktor di mahkamah. Doktor tu cakap, kalau operate buang kanser dia tu, ada risiko 1% boleh bawa maut. Yang dia cakap di mahkamah, dia ada peluang 99% untuk sihat balik, macam biasa. Jauh kan?

Begitu sekali penangan penyakit kanser kepada manusia. Tapi, keadaan gaya hidup sekarang ni, seolah-olah kita menjemput kanser tu & memang penyakit kanser tu semakin meningkat.

Saya nak share kisah Barbara pada tahun 2005 yang menghidap kanser payudara. Kanser ini adalah pembunuh wanita nombor 1. Pada peringkat awal, kanser ini mungkin boleh dirawat sepenuhnya, tapi bila dia dah merebak, rawatan akan lebih agresif.

Barbara ni dah 2 kali dibedah untuk membuang ketumbuhan daripada payudaranya. Dan juga kena rawatan kemo. Rawatan kemo ni, pengalaman saya lah semasa jaga wad kemo, malam kena kemo saya yang tak tidur sebab nak kena monitor pesakit ni sebab banyak kemungkinan yang tak diingini boleh berlaku dengan ubat kemo yang merupakan keadaan kecemasan.

Selain rawatan kemo, Barbara juga menjalani rawatan radioterapi dan juga dibuang rahim mungkin untuk mengawal kanser payudara. Tapi saya rasa mungkin ovarinya juga dibuang kerana kanser-kanser ini berkaitan dengan hormon.

Kemudian, beliau telah mencuba suplemen Sheklee. Antara yang diambil termasuk lah:

--Vivix yang membantu merencatkan sel kanser. Dan beliau hanya mengambil Vivix 6 bulan sebelum pemeriksaan darah seterusnya.

--Nutriferon, merupakan interferon yang menguatkan sistem imun untuk melawan sel-sel kanser

--Vitalea - multivitamin dan multimineral yang membekalkan cukup vitamin & mineral untuk makanan sel.

--Vitamin C yang bertindak sebagai antioksida dan meningkatkan sistem imun

--Ostematrix yang merupakan sumber kalsium untuk kekuatan tulang.

Bila ujian darah dijalankan, Barbara sangat terkejut apabila diberitahu keputusan ujian darah dan pemeriksaan yang dijalankan kepadanya sangat2 baik.

Masa tu pakar bedah tu bercadang untuk memasukkan namanya ke dalam kajian kepada satu bahan yang dipercayai boleh merawat kanser payudara, mencegah kanser prostat & kanser payudara daripada berulang.

Dan bahan ini ialah RESVERATROL. Bahan yang sama yang diminum
oleh Barbara dalam masa 6 bulan sebelum tu. Secara tak langsung dia adalah orang pertama yang memberi jawapan positif kepada kajian tersebut.

Jaga diri, wanita. Cegah kanser payudara. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Amalkan gaya hidup sihat & pilihlah suplemen yang berkualiti.

#tsunamiShaklee
#sayangiwanita
#Kanserpayudara