7 Vitamin Ibu Menyusu Supaya Sihat dan Bertenaga

0 Comments





Alhamdulillah perkenalan saya kepada produk Shaklee bermula bila saya mula consume SET PENYUSUAN semasa menyusukan Irfan. Teruja betul dengan kesan positif yang saya dapat.Masa tu masih ingat lagi yang saya menyusukan irfan ketika dalam bulan puasa.Lapar dan dahaga jangan cakapla kalau ibu menyusu ni berpuasa.Tapi syukur Alhamdulillah saya rasa sangat bertenaga dan rasa lapar itu rasa bila sudah lewat petang.oh ya, ingat lagi masa tu saya hanya hanya ambil ESP dan Alfalfa.


Dua hari lepas pula saya dapat mesej dari dua orang rakan satu sekolah dan juga satu university.Seorang mengadu masalah production susu badan merudum sedangkan anak baru sahaja 4 bulan. Rakan seorang lagi mengadu badan selalu letih dan juga sakit sendi sekarang lebih kerap.Beliau masih menyusukan anak yang sudah setahun lebih.


Jadi disini saya nak kongsikan beberapa vitamin penting supaya ibu dapat menyusukan anak dengan gembira.Kenapa gembira? Insyallah susu ibu bertambah dan juga dalam masa yang sama ibu cukup sihat dan bertenaga.Mudah nak bangun malam untuk mengepam susu dan buat stok untuk bekalan anak.



1) Multivitamin

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak boleh diperolehi daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan  kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.Pengambilan vitalea dalam diet ibu membantu badan lebih bertenaga dan tidak lesu.



2) Protein @ Soy Protein Isolate Powder

Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh.



 3) Vitamin C

Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tertumpu pada bayi. Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit yang cantik, gigi dan gusi yang sihat.



4) Vitamin B Kompleks

Vitamin B Kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.vitamin ini juga membantu ibu lebih focus dan juga emosi yang lebih stabil.


5) Kalsium

40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium, Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari.Kalsium yang digunakan untuk penghasilan susu ibu akan diserap dari kalsium sedia ada dalam tubuh ibu. Jika si ibu memandang ringan pengambilan kalsium dalam diet seharian dan pekara ini berlarutan , si ibu akan terdedah dengan risiko penyakit reput tulang @ osteoporosis,mudah rasa letih, rasa sengal dan kebas kaki dan juga tulang belakang.




6) Asid Lemak Omega 3

Pengambilan dan tambahan Asid Lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan otak dan mata anak, Ia Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak yang diberi susu ibu menpunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tuampuan  (ADHD) atau autisme.


7) Alfalfa

Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi. Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara traditional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.





Syukur saya dapat menyusukan Irfan,aisyah dan juga anak ketiga saya Ainul sekarang.
Kepada semua ibu –ibu di luar sana yang sama seperjuangan dengan saya, jangan sesekali cepat stress dan mudah mengalah. Penyusuan ibu secara eksklusif memang menuntut pelbagai cabaran. Oh ya jangan lupa untuk dapatkan juga set penyusuan Shaklee ya.Memang sangat membantu perjalanan penyusuan anak ibu-ibu semua.
Jika berminat dengan set penyusuan ini jangan segan silu untuk hubungi saya :





Zarirah @ iera
fb:Iera Zul
email :zzarirah@gmail.com
sms/call : 012-9153763


You may also like

Designed by salwasaleh.com. Powered by Blogger.