21 March 2017

Manfaat Pakai Stokin Dalam Berpantang



Alhamdulillah akak pakai lagi stokin dalam rumah smpai sekarang.Day 59 of berpantang.
Manfaat pertama ialah Elakkan masuk angin dalam badan.
Pemakaian stokin boleh mengekalkan haba dalam badan dan mengelakkan ibu masuk angin, sekaligus mengelakkan bentan masa dalam tempoh berpantang ni.

Dari segi saintifiknya baik untuk menyimpan haba dan mengekalkan suhu badan yang optimum. Menyentuh tapak kaki secara langsung ke lantai yang sejuk kemungkinan boleh mengubah suhu badan ibu dengan drastik dan apabila badan menjadi lebih sejuk, penyembuhan dalaman selepas bersalin mungkin akan terganggu.

Selepas bersalin, perubahan sel darah pada saluran darah ibu akan berlaku. Yang paling ditakuti ialah darah beku pada salur darah dibetis kerana ibu selepas bersalin sudah tentu kurang aktif bergerak, hanya duduk-duduk atau baring sambil menyusukan bayi. Pengaliran darah yang tidak lancar terjadi dalam keadaan ini dan meningkatkan risiko darah beku. Pemakaian stokin boleh membantu mengecutkan otot bahagian betis dan menggalakan pengaliran darah.

Kesimpulannya?
Pakailah stokin sejak dari berpantang sampai lah lepas pantang pun,terutamanya bila nak keluar rumah..kakai kan aurat..?
salam Sayang,
Kak Iera