31 May 2017

Doa dan Zikir untuk Menyusu Anak Tersayang


Hi mommies..Assalamualaikum.
jom kita amalkan zikir dan doa di bawah ni. Penting kita amalkan zikir dan doa sebab apa? Sebab kita nak mohon padaNya yang Maha Pemberi supaya murahkan rezki "titisan emas" buat anak kita.




1.Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

3. Surah Al-Baqarah ayat 60.




Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin






4. Amalkan Surah al-Hujurat & al-Kauthar - elok diamalkan bermula sejak mengandung lagi.
Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita.
Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah.
Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.


5. Zikir Ya Matin (70x) setiap malam & subuh dan hembuskan pada air & minum

6. Surah Yasin ayat 72-73

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam


Semoga usaha murni kita untuk menyusukan anak sehingga dua tahun dipermudahkan..Amin