3 May 2017

Jatuh Cinta Lagi!

Alhamdulillah guna Shaklee dan berdaftar sebagai ahli sejak tahun 2013 lagi!

Bertuah dapat suami sangat memahami dan penyabar.Sebelum kawen kak iera disahkan ade fibroid.Besar juga.Masa detect tu doktor kata macam pregnant 5bulan. So lepas kawen tu ,bulan 10 buat operation buang ketumbuhan tu.Betul betul dalam rahim.

Dipendekkan cerita lepas operate doktor kata boleh cuba dah utk TTC. Tapi one year akak tunggu tak jugak lekat lekat.doktor bagi clomiphine ubat subur untuk besarkan telur@ovum masa subur.masih tak menjadi. Buat pulak sperm count,semua ok.maksudnya masalah memang kembali pada akak.Akak lalui procedure periksa tiub fallopio.tak ingt dah apa namanya dan akhirnya result mengatakan akak punya tiub belah kiri tersumbat.

Hahhaa apa perasaan masa tu? Taktahu nk nangis ke apa.tapi gelap jap la dunia sekejap.Doktor kata awak pegi la HUKM buat iui atau ivf

Dipendekkan cerita,masa tu period akak ting tong.Akak ingat lagi akak ambil gla dan Alfalfa dalam masa yang sama.Vitamin lain yang on ESP. Fokus masa tu nak stabilkan kitaran.masa tu cycle jadi panjang.

Bulan ke dua akak ambil gla setiap hari..pastu akak rasa takot. Eh apsal lama betul kitaran kali ni?cek UPT.hahhaa melompat akak! Syukur yang tak dapat digambarkan kata kata.Akak disahkan HAMIL.

Dah pregnant akak continue set hamil dan set berpantang lepas tu.Alhamdulillah best mengandung semangat dan kuat je bekerja.Takde la melepek aje.Set Pantang pun continue.Tambah beberapa vitamin je bagi lengkap.

Nasihat akak pada yang belom punya zuriat,Jumpalah doktor utk kenalpasti masalah kesihatan kesuburan kita,Ikhtiar sebaiknya sama ada moden atau tradisional.Makan makanan sihat,ambil vitamin untuk lengkapkan nutrisi yang tak cukup dalam badan.Barulah kita bersedia untuk hamil.usaha - usaha jugak, Tapi jangan jumpa dukun pulak.haha.DOA DOA DOA InsyaAllah Allah akan permudahkan rezki kita dan bagi pada waktu yang sesuai.Ada hikmahnya dapat anak lambat
.
Kalau orang asik je tanya cuba suruh dia tolong doakan bagi pihak kita.Mana tahu kita dapat dengan asbab doa orang lain kan? Jangan tinggal amalan jemput rezki ye.

Ok layan gambar...yang atas motor tu sebelum bersalin ke Ainul.Repost balik..haha suka anak anak naik motor semua sekali.Nasib ibu tak jatuh je.hihi

Shaklee Consultant & Business Leader
🌿Iera Zul .012-9153763