24 May 2017

Makanan Tambahan Kurangkan Risiko Penyakit?


Kenapa perlunya kita mengambil supplement?

👉Dalam sesetengah situasi, badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi dari makanan. Contohnya vitamin C dan vitamin E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan kepada pencegahan dan anti penuaan

👉Zat makanan mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Contohnya vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa memasak

👉buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayur dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar lain mempengaruhi kualiti buah dan sayuran

👉pengambilan ubat penahan sakit, laksatif, ubat ubatan, alkohol dan anti-biotik boleh mengganggu penyerapan zat makanan. Amalan diet yang tinggi kafien, lemak, gula dan garam dapat mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh
..
👉gaya hidup masa kini dengan kehidupan yang sibuk jarang dapat memasak di rumah dan lebih gemar kepada makanan segera yang tinggi kandungan bahan kimia