12 August 2017

AMALAN PEMAKANANAN SIHAT



Nampak semua makanan sedap dan berselera je kan? hihi...jom la bersama sama kita cuba mula amalan pemakanan yang sihat supaya tak menyebabkan mudarat pada badan dan juga boleh mengundang obesiti dan seterusnya penyakit kronik yang lain.

Antara tips yang boleh di amalkan ialah :

1) Jangan tidak makan karbohidrat
Ramai yang rasa karbohidrat merupakan penyebab utama kegemukan.Langkah paling selamat ialah ambil sikit portion karbo.Boleh amalkan suku,suku separuh, iaitu suku karbohidrat suku protein dan separuh sayur sayuran buahan-buahan

2) Makan makanan berwarna pelangi
Sayuran hijau, oren, anggur, kobis ungu, lada benggala dan pelbagai warna sayuran dan buah-buahan akan membantu memberi tubuh badan dengan pelbagai nutrien yang akan membantu melawan penyakit.


3) Berhenti sebelum kenyang
Makan itu bukan untuk menjadi kenyang sebaliknya makan itu bertujuan memenuhi keperluan tubuh badan dengan nutrien yang membolehkan tubuh berfungsi sebaiknya.

4) Tetapkan pola /Jadual waktu makan yang seragam
Waktu makan yang tidak tetap akan menyebabkan kecenderungan untuk makan dalam kuantiti yang yang banyak

5) Minum segelas air suam 20 minit sebelum makan
Mampu mengurangkan jumlah makanan yang diambil serta membantu sistem penghadaman.

6) Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan
Pengurangan pengambilan gula membantu mengurangkan jumlah kalori di dalam pemakanan seharian. Pengambilan gula secara berlebihan dalam jangka masa panjang boleh meningkatkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti.

7) Menguyah makanan secara perlahan-lahan
Di dalam air liur terdapat enzim amalyse yang membantu menguraikan makanan dan seterusnya membantu sistem pencernaan. Makan dengan cepat akan menyebabkan air liur tidak dapat menguraikan makanan dengan baik.

8) Tidur secukupnya
Amalkan tidur yang secukupnya bagi mempastikan tubuh badan dapat berfungsi dengan baik termasuk sistem penghadaman.

Jom ubah gaya pemakanan kita seharian ke arah yang lebih baik!