14 August 2017

Atasi Anemia Dalam Kalangan Ibu Hamil


Anemia atau kurang darah juga merupakan satu masalah penyakit terutama di kalangan ibu hamil. Gejala ini sangat mudah dikesan berdasarkan fizikal ibu sendiri. Antara yang mudah dikesan iaitu warna kelopak mata yang pucat, kerap berasa letih dan sukar fokus pada sesuatu.

Bagaimanapun sekiranya gejala anemia semakin teruk, ia akan diikuti dengan gejala rambut gugur, nafas pendek, kuku cekung seperti sudu, sukar menelan sehingga kepekaan terhadap jangkitan meningkat.

Jika doktor mengesan gejala ini di kalangan ibu hamil, mereka disarankan membuat pemeriksaan hb melalui ujian darah. Apabila kadar hemoglobin kurang daripada 11g/dl, doktor biasanya menyarankan pemeriksaan darah lanjutan termasuk siasatan kemungkinan ada penyakit lain.

*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan protein, ibu perlu meningkatkan pengambilan makanan yang mengandungi protein seperti telur, ikan, daging, ayam, makanan laut dan susu.

*Apabila anemia berlaku akibat kekurangan asid folat atau zat besi, maka pemberian suplemen perlu dilakukan dengan pengawasan daripada doktor anda. Keperluan harian zat besi dan asid folat ketika hamil meningkat dua kali ganda berbanding sebelum hamil. Oleh itu doktor menyarankan keperluan itu dipenuhi dengan pemakanan atau suplemen.

Salah satu ikhtiar menaikkan bacaan hemoglobin darah ibu ibu ialah dengan mengamalkan pengambilan

1. Zat Besi (iron) Membentuk haemoglobin, memnyokong proses tumbesaran bayi, menghalang penyakit, mengelak keletihan, anemia

2. Asid folik Membantu pembentukan sel darah merah, mengelakkan kecacatan tiub neural, menghasilkan DNA yang sempurna

3. Vitamin B12 Membantu proses perkembangan fetus, membantu tindak balas saraf yang baik, baik untuk kesihatan otak dan mengelak keletihan dan kelesuan.












Hubungi Kak Iera untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai vitamin untuk set hamil ni ye

Kak Iera 
CALL/WHATSAPPS 012-9153763
zzarirah@gmail.com