27 August 2017

9 LANGKAH AWAL BILA SI KECIL DEMAM



Semua ibu ibu mesti risau kan bila badan anak nak kecil kita mula rasa panas dedar . Demam terjadi apabila suhu badan kita melebihi 37 C dan di sebabkan oleh jangkitan atau keradangan.Masa ini juga kadar pernafasan meningkat , muka menjadi merah.Anak anak menjadi lemah,tidak aktif dan sentiasa mahu tidur . Selera makan juga menurun dan boleh jadi sehingga menggigil kesejukan.

Sebagai ibu dan ayah ,apa langkah langkah yang kita boleh ambil sebagai langkah awal supaya demam tak melarat?

1) Pastikan anak-anak berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik

2) Pakaikan pakaian nipis. Agar haba dalam badan dapat keluar .Macam Kak Iera sendiri selalunya akan pakaikan pampers sahaja buat anak-anak

3) Beri anak minum dengan banyak. Standby selalu dalam thumbler comel. sure diorang suka.


4) Beri ubat menurut arahan doktor .Baca label sebaiknya dan patuhi terutamanya jika melibatkan pemberian antibiotik

5) Mandi berjelum jika suhu badan mula melebihi 38 C

6) Letak pelekat coolfever kat dahi dah badan anak untuk bantu kurangkan panas.Baru ni suami ada beli bantal coolfever.Bantal ni kita sejukkan dalam peti ais dulu kemudian balut dengan kain sikit,alas letak di bantal untuk anak tidur.Irfan suka betul bantal ni.hehe

7) Selain beri dan ambil ubat doktor kak Iera juga bagi vitamin untuk anak -anak. Nutriferon kak Iera bagi pada Irfan, Aisyah dan Ainul sedikit sahaja. Alhamdulillah so far ,sangat membantu proses penyembuhan!

baca lebih lanjut mengenai Nutriferon di sini : Nutriferon




8) Pantau suhu anak sejam sekali ye ibu ayah.Kalau suhu berlarutan tinggi boleh mengakibatkan sawan.

9) Bawa jumpa doktor dengan segera jika demam melebihi 3 hari terutamanya jika terdapat kejadian dan laporan kejadian demam denggi,malaria atau apa sahaja penyakit bawaan nyamuk.


Boleh hubungi Kak Iera untuk tempahan nutriferon suplement untuk anak anak :

Kak Iera 012-9153763