16 October 2017

Persediaan Mental dan Fizikal Sebelum Bersalin Secara Pembedahan

Assalamulaikum..entry kali ini nak ceritakan pengalaman kak Iera yang sudah dua kali mengalami pengalaman bersalin secara pembedahan. Sangat penting untuk buat persediaan Mental dan Fizikal .Entry ini memang ditujukan khas buat ibu sebelum bersalin secara pembedahan.



Ada banyak sebab ibu- ibu yang akan bersalin secara pembedahan ( secara terancang) bukan secara urgency atau kecemasan :
1) atas nasihat doktor di sebabkan sejarah luka lama 
2) ibu menghidap darah tinggi atau kencing manis

 So bila ibu -ibu dah tahu bila date operation, sebagai contoh kes Aisyah dan Ainul doktor nasihatkan bersalin pada 38 weeks (bayi dah matang masa ni). Bolehlah buat persediaan awal.Penting supaya kita boleh layan sakit tu dengan lebih redha ,hihi


1. KELENGKAPAN IBU DAN BAYI 



Jangan di lupa yang ini paling penting untuk di bawa bersama sama. Hanya bawa 2 beg ( satu ibu satu baby) yang berisi kelengkapan paling penting sahaja Pastikan bawa kelengkapan extra dan letak standby dalam kereta .

kelengkapan ibu 
1. Mandian (sabun,berus gigi,ubat gigi,
2. shaver (penting untuk bersihkan utk persediaan prosedur pembedahan)
3. alat solek ( bedak,minyak rambut,sikat,perfume)
4. kain batik 1-2 helai
5. telekung,sejadah
6. pakaian dalam
7. Minyak angin /minyak panas 
8. termos air, pinggan,mug,sudu garfu,tuperware kosong
9.bawak surah yasin,tasbih 

kelengkapan bayi
1.baju (untuk pakai waktu siang dan malam)
2. pampers
3.lampin
4.kain bedung
5.sarung tangan dan kaki

2.SUPPLEMENT @ VITAMIN

Macam kak Iera sendiri masa ni kak Iera tak angkut la semua set berpantang shaklee .sebab macam banyak pulak.hihi.Yang paling penting kena bawak vivix dan juga ESP .Penting untuk bekalan tenaga dari mula tengah malam kena berpuasa sehinggalah lepas operation 



                                                  

3. PERSEDIAAN ROHANI

Jangan lupa bawak surah yasin,tasbih untuk jadi teman sepanjang masa di wad. Terlupa?jangan risaula..kat telephone boleh je download "quran for android" or e tasbih. Yang penting setiap masa isi masa dengan alunan zikrullah.Semangat kena kuat, Doa selalu semoga sepanjang proses pembedahan nanti dipermudahkan 



4.MINDSET 

Satu yag kak Iera nak share kat sini especially bagi yang akan rasa  pengalaman pertama kali , selepas operation kita tak boleh aktif bergerak lagi.Malah untuk seketika kepala sahaja kita boleh angkat. Sejurus selepas operation pun kita masih belom boleh makan dan minum sesuka hati. Air kosong doktor benarkan dalam kuantiti sedikit dahulu dan doktor akan monitor perkembangan. Samada kita boleh terima  atau rasa nak muntah ke..Kalau semua ok baru lah boleh minum milo ..hihi
kemudian baru mula dengan bubur nasi dan sup.

Part sedih akan melanda jiwa ibu -ibu bila kita nak bangun akan hadapi kesukaran sedikit.Dont worry minta bantuan nurse dan nasihat dari mereka . Pegang penghadang katil untuk gagahkan diri .Bila mula boleh berjalan ke tandas sentiasa pegang bahagian abdomen perut .Tapi jangan membongkok tau..!Nanti dah biasa terbawa bawa pulak even dah sihat.

"saya akan cepat sembuh"
"luka saya akan cepat kering"


Sekian dulu empat tips yang kak Iera nak share kali ini .Apa yang penting sekali kita berdoa selalu dan minta dipermudahkan perjalanan proses bersalin secara pembedahan .Amin

bagi yang nak dapatkan set Berpantang Shaklee boleh hubungi kak Iera :




Kak Iera 
CALL/WHATSAPPS 012-9153763

zzarirah@gmail.com