17 October 2017

Tips Memasak Bagi ibu yang Sibuk dengan Anak Anak kecil

Sebagai seorang wanita bekerjaya dan ada anak -anak yang kecil , Kak Iera hadapi kesukaran bila masa untuk makan di luar . Jadi kak Iera dan suami lebih suka memilih untuk makan di  rumah setiap hari, lebih sihat, jimat ,anak anak juga selesa dan bebas nak bergerak. Almaklumlah masing -masing tengah aktif, heehhe


Tapi nak memasak di rumah juga ada cabaran tersendiri, baru nak menggoreng ayam si kecik dah menangis.Atau pun sekejap lagi si kakak pulak datang kacau ibu kat dapur.Normal situasi semua ni akan berlaku.Yang penting ibu ibu jangan stress dan teruskan memasak dengan happy!

Sini Kak Iera nak share beberapa Tip yang mungkin dapat membantu mempercepatkan proses memasak bagi semua ibu-ibu yang sibuk dengan anak kecil.

1) Siapkan Resepi & Bahan Memasak Awal

Untuk ibu ibu yang nak memasak setiap hari elok buat persiapan awal. Rancang resepi untuk seminggu akan datang.Buat belian barang basah sekali pada setiap hujung minggu. Siang semua lauk ,basuh dan toskan.Lebih mudah simpan dalam bekas bekas kecil dengan anggaran sekali makan.contohnya sekali masak ikan goreng selalu 4 ekor, so dalam setiap bekas letak lah 4 ekor untuk sekali goreng.




2) Defrost Lauk 

Balik je dari kerja, perkara pertama jangan rehat dahulu !Terus ke dapur defrost dulu lauk yang nak masak.Rendam dalam air bagi memudahkan dan cepatkan proses.Lepas tu boleh lah nak layan anak ke susukan si kecil ke nak baring baring sekejap ke.hehehe

3) Minta Bantuan Suami 

Mintalah bantuan suami untuk sama sama menjaga anak kecil jika ibu -ibu dah mula nak memasak.Bukan apa, macam anak Kak Iera sendiri memang perlu di pantau .Risau sebab Ainul masih kecil, suka mengutip barang di lantai dan masuk dalam mulut



4) Masak Nasi Dahulu

Bila mula nak memasak mulakan dengan masak nasi terlebih dahulu, sebab nasi yang selalunya ambil masa paling lama untuk masak





5) Masak simple tapi berkhasiat

Ingat ibu -ibu kalau nak cepat biasakan memasak menu yang simple tapi berkhasiat .Boleh cuba masak lauk dan sayur sekali dalam satu masa. Jimat masa dan yang penting berkhasiat.
Sebagai contohnya, boleh cuba menu :

  • Masak kicap kentang Dan tomato
  • Sup bebola dan sayur
  • Sup telur dan sayur
  • Sup ayam dan sayur
  • Nasi ayam
  • Paprik ayam
     





okla..tips simple kan? Tapi insyaallah boleh banyak membantu ibu-ibu yang sibuk dengan anak kecil tapi bercita cita nak memasak setiap hari untuk keluarga tersayang.



Happy & Enjoy Cooking!


Kak Iera 
CALL/WHATSAPPS 012-9153763

zzarirah@gmail.com