10 October 2017

Trip ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah Pahang

Walaupun dah menetap di Raub sejak tahun 2010..Kak Iera tak pernah lagi join trip ke Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah Pahang atau menjejakkan kaki ke Kuala Gandah ni, Yelah..masa tu baru kahwin..belom ade anak lagi macam tak best je kalau pergi berdua ( ini alasan suami la.hihi)

Kebetulan ade kesempatan kali ni, Kak Iera jemput acik (adik kak Iera) di rumah angah ..So dari KL kami dua orang dah plan nak gi Kuala Gandah.Sambil cakap pada suami " jomlah..dah alang alang lalu dari kl nak balik ke Raub,kebetulan acik kan ade, boleh la membantu apa yang patut" Almaklumla kak iera ni ada tiga anak comel..Kalau kami berdua boleh je handle,cuma kalau ade yang membantu ringan lah sikit .hihihi

okla..kami bertolak dari KL lebih kurang dalam jam 9 lebih ..so sampai sini dalam jam 10
mula kami mendaftar dulu, wah rupanya tiada yuran dikenakan! FREE ENTRY je..cuma kalau siapa nak menyumbang kepada tabung untuk kebajikan gajah gajah di sini amatlah di alu -alukan





kami mula berjalan masuk ke dalam 'excited nak tengok gajah..hehehe.oh ye..kalau yang ada anak anak comel macam kak Iera elok lah bawak stroller ke..payung ke..kalau tak nanti akan cepat penat macam abang Irfan ni..hehee


oleh kerana cuaca agak panas maka cepatlah berpeluh dan rasa haus..jangan lupa standby air kosong ye untuk sendiri dan juga anak anak..Tapi kalau tak bawak air jangan risau,sini pun ade JUMBO CAFE. Ada juga makanan dan minuman dijual .Boleh berhenti legakan tekak dan berehat sebentar


lepas tu sambung tengok gajah pulak..

oh ya..masa kami datang tu masih lama nak tunggu masa untuk show gajah..cuaca semakin panas dan anak anak nampak dah tak selesa,jadi suami ajak balik.Perjalanan balik kami singgah di Deerland, macam ala ala zoo mini la, ada banyak juga binatang.Ada burung,landak,pelbagai jenis ular,spesis ayam dan burung.


Acik Zulaikha main landak dan juga ular sawa.Ayah pun tak kurang berani nya.hehe .Ibu jugak yang geli.hahaha


Kepada siapa yang masih belum pernah sampai ke sini memang kak Iera memang sarankan korang datang. Tak rugi bawak anak anak kenali binatang.Dah la free !

oh ya..yang nak dapatkan maklumat lanjut boleh layari juga web :


have a nice holiday !