23 January 2018

Pengalaman Ngeri Pesakit Slipped Disc

Harini nak kongsikan pengalaman kawan kita Puan Nurhidayah sendiri yang mengalami Slipped Disc. Slipped Disc juga dikenali sebagai PID (prolapsed interverterbral disc) merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Gejala-gejala Slipped Dics
  • Sakit belakang
  • Sindrom sciatica (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
  • Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)
Jom ikuti pengalaman Puan Nurhidayah :




Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya terkena dislocated disk/slipped disk..
Saya terkena dislocated disk selepas saya bangun tidur dan dalam masa yang sama saya menyusukan anak perempuan saya,Aira.Selepas itu,bermulalah episod duka saya.Ya Allah, nikmat sangat tengok orang lain boleh berjalan dengan elok.Sedangkan saya nak melangkah pun sakit.

Pukul 11 malam ke rumah tukang urut sebab ingatkan ada urat yang tersepit..tapi still lagi sakit..nak tidur memang tak boleh mengiring..hanya mampu terbaring sahaja..kalau batuk dan bersin memang sakit.

Tapi masa ni tak ke hospital lagi sebab rasa macam tak logik kena slipped disk sebab saya tak jatuh dan jugak still boleh berjalan lagi..kalau pi shopping on je..buat-buat tak sakit depan husband.

Selang sehari,lepas keluar bilik air,langsung tak boleh berjalan..mak dan suami yang papahkan saya ke bilik..Panggil sekali lagi tukang urut..lepas urut boleh berjalan semula..
Sampailah 3,4 hari macam tu..
Pergi mengurut lagi sebab rasa sakit dan tak selesa..sampai lebam tukang urut urut di sesetengah tempat.Dan dalam masa yang sama sempat pergi ke kelas ( masa ni student baru masuk).Naik tangga,nasib baik tingkat 1 semua ok..walaupun still terasa sakitnya....

Esoknya tu..dah tak boleh nak berjalan balik semula..

Husband terus ajak ke hospital.Kat hospital, kami jumpa doktor Pakar saraf. Dato' Doc Zakaria di KPJ Ipoh.Doc check dan terus suruh buat Magnetic Resonance Image ( MRI) untuk memastikan apa sebenarnya sakit yang saya hadapi sepanjang seminggu ini.

Keputusan MRI menunjukkan tulang L5/S1 dan L4/ L5 saya dislocated/prolapsed
L5 end plate degenerative change with L5/S1 disk prolapsed.

Saya admit hospital selama 4 hari 3 malam.Memandangkan saya masih menyusu Aira,memang saya asyik teringatkan dia dan dia pun ingtkan saya..mencari-cari saya di semua bilik..

Sebenarnya faktor terkena dislocated disk,kita tak tahu punca..nak kata jatuh,tak jatuh.Angkat berat pun taklah jugak..tapi kadang2 kita wanita ni mungkin tak perasan kita ada melakukan kerja berat.

Peringatan untuk wanita
Kena berhati-hati menarik atau mengangkat barang yang berat kerana urat saraf wanita lebih lemah berbanding lelaki..Tidak ada penyebab Slipped Disk terjadi..

Tetapi antara faktor yang mungkin adalah disebabkan :

  • Faktor usia,kerana apabila usia semakin meningkat, disc tulang belakang akan mengalami kekurangan air dan ini membuatkan tulang kurang fleksibel.
  • Postur tidur yang salah,dengan meletakkan bantal yang agak tinggi di bawah kepala, sambil meyusukan anak dan berwasap
  • Postur duduk yang salah
  • Cara mengambil barang yang jatuh yang salah
  • Memandu atau berada di dalam kenderaan dalam tempoh yang agak lama
  • Antara faktor mungkin yg terjadi slipped disc jugak adalah duduk yg terlalu lama..biasa yg kerja office..duk menghadap computer je..

Berikut adalah beberapa rawatan yang saya buat sepanjang di hospital dan di rumah

  • Makan ubat ( Neurobion Tab,Arcoxia,Ultracet,Neurontin ) ada salah satu ubat yang menyebabkan saya gastrik sehingga nurse drip ubat tahan muntah.
  • Rehat dan relax ( baring di atas tilam yang agak keras dan bukan yang tenggelam dan tidak berada dalam satu2 posisi dalam masa yang lama,memakai body support ( sekarang masa kerja pun pakai)
  • Minimumkan pergerakan naik tangga
  • Rawatan fisioterapi ( dijalankan oleh pihak KPJ dengan meletakkan hot pad,ultrasound,urutan tangan di sekitar tempat terkena slipped disk).Lepas ni, 5 kali lagi saya harus ke KPJ untuk sesi fisioterapi
  • Senaman ringan dan tidak digalakkan bawak kereta ke tempat yg agak jauh
  • Saya juga ada mengamalkan pengambilan suplemen untuk tulang.Saya amalkan Vivix,Omega Guard dan Ostematrix.

Objektif Rawatan Fisioterapi :

  • Untuk mengurangkan sakit
  • Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  • Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  • Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  • Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit.
Supplemen Shaklee untuk masalah Slipped Disc adalah :



1. OSTEMATRIX - Sumber kalsium yang
penting untuk kesihatan tulang,otot dan ligament
istimewanya Ostematrix dari Shaklee ini kerana
lengkap dengan magnesium dan Vitamin D.
Magnesium membantu penyerapan kalsium dan
membantu menguatkan tulang. Vitamin D merangsang penyerapan kalsium dengan optimum.

2. OMEGA GUARD - Mengurangkan inflamasi atau radang akibat sakit sendi. Bertindak sebagai pelincir pada sendi.

3. VIVIX™ -Merupakan agen anti penuaan di mana
menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc. Menyokong kesihatan sendi dan menyokong kesihatan menyeluruh. VIVIX merupakan formulasi TERUNGGUL dari Shaklee yang membantu kesihatan dengan 4 mekanisme tindakan. Ia juga memperbaiki sel seawal peringkat DNA lagi.


Supplement slip disc yg saya amalkan:

Vivix (1 sudu besar - dos saya sekarang)
Ostematrix (dos saya 6 biji sebelum tido)
OmegaGuard (5biji 2x sehari)

Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa yang mengalami dislocated disk macam saya.

Kepada yang nak dapatkan supplement yang membantu Puan Nurhidayah sembuh dengan cepat di samping mengikuti rawatan juga ubat doktor boleh hubungi Kak Iera :


Kak Iera 
CALL/WHATSAPPS 012-9153763

zzarirah@gmail.com