6 January 2018

Penyakit yang mengubah hidupku 360°




Ya Allah nak terduduk bila doktor sahkan dalam perut ade sesuatu bila nak smbung belajar di Upsi
Aku bukannya mengandung pun ,sebab belom kahwin pun masa ni huhu
Dan akhirnya terjawab..."ada ketumbuhan dalam perut awak " Saya nasihatkan awak jumpa pakar untuk rawatan seterusnya"
Gelap dunia!
Tapi percaya atau tidak..pakwa kak Iera masa tu tenang aja
"Kita usaha ,jangan la risau "
Mana tak risau...lagi beberapa bulan lagi nak merisik dan merancang nak berumah tangga!
Naik turun jumpa pakar, kami kahwin dan 2 bulan selepas kahwin kami decide buang fibroid sebab ketumbuhan dah terlalu besar dan menganggu proses nak TTC.
Lepas pembedahan kak Iera tunggu lagi 2 tahun 
Makan ubat kesuburan tetapi masih belom hamil
Buat check up doktor kata Ada tiub tersumbat pulak
Dan akhirnya kami dikurniakan Chaya Mata setelah 4 tahun menunggu
Kisah fibroid dan masalah kesuburan ni banyak mengajar kak Iera
1) Allah memberi teguran kepada kak Iera supaya terus berDoa Dan berusaha
2) Kepercayaan dan Kasih sayang pasangan
3) Usaha perlu dipelbagaikan samaada tradisional atau secara moden
4) Sakit sebagai cara Allah nak Bantu hapuskan dosa kita
5) Galakan dan sokongan keluarga sangat penting bagi semangat orang yg sakit
Terima kasih atas kurniaan sakit ni Ya Allah!
Kak Iera,
Dah anak 3 sekarang.hihi