20 January 2018

Projek Kek Kukus Paling Simple



Ipan kata , "macam yang kat TV tu kan ibu"

Yela nak ..tv mana pulak ko tengok.haha

oh ye..kalau siapa yang kenal kak Ieratahulah bahawasanya kak Iera ni tak gemar masak kek.

Gemar makan aje..hahahah.

Tapi bila tengok resepi ni kat internet.Alahai macam senang je .So kali ni kak iera share dan resepi ni dah edit sikit ,susu di kurangkan separuh.Gula pulak kita guna brown sugar.Barulah healthy sikit dari yg selalu.hihi

Bahan bahan A (di blender)

3 biji telur 
1 cawan minyak 
1 cawan susu pekat ( ibu kurangkan jadi 1/2)
1 cawan susu cair
1 cawan gula putih ( ibu kurangkan jadi 1/2 dan tukar brown sugar)
1 sudu teh esen vanila 
1 cawan seerbuk coklat
##blend semua bahan kasik sebati 

Bahan -bahan B ( di ayak)

Tepung gandum 1 1/4 cawan
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Ok skang campur kan je bahan tepung ni dalam adunan coklat tadi.Kaup balik sampai rata semua ye
ok tuang dalam loyang kukus dalam 45 minit .Insyallah masak cun.confirm tak melekat sebab tadi kan dah letak minyak.hehehe

Selamat mencuba !